Dah buat ‘content’ fitnah, Pemuda Pas ini anggap Menteri Pendidikan pula ‘koyak’
Seorang Pemuda Pas menganggap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sudah ‘koyak’ gara-gara dua ‘content’ fitnah yang dimuat naiknya di TikTok hilang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak, Mohamad Suffi Kamari selamba mendakwa Fadhlina “guna kuasa menteri” untuk buang dua kandungan dosa itu.
“Dua content saya hilang di TikTok saya kerana mengkritik Fadhlina Sidek.
“Apa dah jadi ni Madani?” bebelnya di platform X malam tadi.
Suffi yang pernah didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pada Januari tahun lalu juga dilihat tidak sabar dipanggil polis susulan content fitnah dibuatnya itu.
“Tunggu juga polis panggil takde pulak, alik alik dia guna kuasa menteri pulak buang content aku hilang macam tu. Punya koyak sampai dua content sekali.
“Era zaman Edan Rejim Madani ni memang penuh orang koyak dan lemah!” tempelaknya lagi di X sambil menanda Fadhlina dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Semalam, Harapandaily melaporkan salah satu video fitnah Suffi yang mengulas hanya enam saat reaksi berseloroh Fadhlina berkenaan pulang awal semasa bulan Ramadan bagi murid sesi petang persekolahan, sudah pun mencecah 2.4 juta tontonan setakat tengah hari.
Menerusi content fitnah tersebut, Suffi dilihat memutar belit sekerat kenyataan Fadhlina itu sehingga memancing ribuan makian dan cercaan netizen yang rata-ratanya penyokong taasub Pas.
Padahal, pada sidang media di SK Taman Pelangi Semenyih, 17 Februari lalu, Fadhlina berkata, sesi persekolahan termasuk kantin di sekolah sepanjang Ramadan akan beroperasi seperti biasa sebagaimana bulan puasa sebelum ini.
Mengikut garis panduan KPM, sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan menamatkan sesi seawal jam 5.30 petang bagi negeri di Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada jam 5 petang.
Sehubungan itu, ramai mendesak Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR mengambil tindakan undang-undang terhadap Suffi.
“Siapa pegawai yang terdekat dengan YB Fadhlina, pastikan video ni sampai ke tangan YB! Komen dah banyak maki YB!” gesa pengguna X, @PejuangPH.
BACA JUGA Video fitnah sudah cecah lebih 2 juta tontonan, banyak komentar maki Menteri Pendidikan