Isu guru KAFA di Selangor: Ada yang ‘terbakar’ dengar cadangan Exco Agama ini

Cadangan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkenaan isu guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) dilihat menarik perhatian ramai.

Beliau menyarankan agar tahap kelayakan guru KAFA dinaikkan selain mempertimbangkan untuk menaikkan elaun guru berkenaan melebihi had gaji minimum.

“Naikkan tahap kelayakan guru-guru KAFA. Sekarang kelayakan ada SPM atau STAM dah boleh jadi guru,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kelmarin

Katanya, ini berbeza dengan syarat kelayakan guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang perlu mempunyai Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Dalam masa sama, Dr. Mohammad Fahmi menyarankan agar keutamaan diberi kepada anak kelahiran Selangor untuk menjadi guru KAFA.

“Kita beri keutamaan kepada anak-anak Selangor untuk jadi guru-guru KAFA di negeri Selangor.

“Kita tak import negeri-negeri lain,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia.

Susulan itu, rata-rata menyokong cadangan yang disifatkan patut sudah lama dilaksanakan bagi mengekang sentimen politik parti tertentu menyusup masuk dalam institusi KAFA di Selangor.

“Itu yang terbaik. Beri peluang untuk anak-anak Selangor sebelum dibuka untuk negeri lain sebab hasil negeri perlu dinikmati oleh rakyat sendiri. Dah pemimpin negeri lain MALAS untuk memajukan negeri sendiri dan lebih senang melihat rakyat mereka berhijrah untuk mencari REZEKI di negeri MAJU,” tegas pengguna X, @AwatifWardina.

“Sepatutnya, begitulah.Tahun 2025 ni elok mula sudah syarat ketat tu. Tengok nombor kad pengenalan, walaupun sudah pindah negeri lain. Utamakan nombor IC orang selangor saja. Tak kan lah tak ada orang Selangor nak jadi cikgu KAFA. Ramai saja yang berkebolehan,” kata @Loverboxs.

“Tolonglah. Tolak walaun jadi guru KAFA. Meracuni anak Selangor,” tulis @TonsilBasher.

“Lama tertangguh. Itu pasal sudahnya ramai orang luar berlonggok di Selangor ambil peluang pekerjaan di jabatan kerajaan negeri. Elok utamakan tempatan. Barulah tiada doktrin anak-anak dengann ilmu merapu,” ujar @anasnazri.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Selangor memberikan komitmen berterusan dalam memperkukuh pendidikan agama termasuk melakukan usaha penambahan guru KAFA.

Menerusi data pada 2022, terdapat sebanyak 7,000 guru KAFA di Selangor dengan 4,200 guru dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala 2,800 guru lagi dibiayai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BACA JUGA Boleh pula ada tulisan Cina, kenapa MP Kelantan tak persoal negeri sendiri?

Â