Terima rawatan di hospital PJ, ini keadaan Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, sejak awal pagi tadi.
Dilaporkan, bekas Perdana Menteri berkenaan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya.
Memetik BH, Ahli Parlimen Bera itu stabil dan sedang bersama keluarganya.
Sebelum ini, tular di laman sosial gambar beliau sedang dirawat selepas didakwa tidak sedarkan diri.
Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim dilapor berkata, Ismail Sabri pengsan di rumah dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan.
BACA JUGA Isu guru KAFA di Selangor: Ada yang ‘terbakar’ dengar cadangan Exco Agama ini