Ini gambaran bilik kalau simpan wang tunai RM150 juta

Sejak awal pagi tadi kecoh dengan dakwaan pegawai kepada seorang bekas perdana menteri terpalit kes rasuah dan penyimpanan wang tunai ratusan juta ringgit.

Perkara ini dibincangkan secara terbuka di media sosial biarpun masih belum ada pengesahan rasmi.

Poster tersebar yang dilihat Harapan Daily adalah berkenaan penemuan wang berjumlah RM150 juta.

Seorang pengguna X, Najib Bakar, menggunakan chatbot ChatGPT untuk mendapat gambaran keadaan ruang penyimpanan bilik jika dipenuhi dengan wang RM150 juta.

“Dengarnya rampasan wang tunai RM150 juta. Kalau ikut ChatGPT, satu duffle bag 30 liter boleh isi RM1.25 juta dengan setiap note RM50.

“Anggap satu beg depa isi RM1 juta. Maknanya storage room ada 150 buah duffle bag.

“Maka, inilah gambaran bilik berisi RM150 juta tunai. Mak aih!,” kongsinya yang mendapat perhatian ramai.

Hari ini gempar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah menahan empat individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beberapa laporan media, kes ini membabitkan dana RM700 juta untuk promosi “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan bekas perdana menteri itu pada Ogos 2021.

BACA JUGA Terdedah identiti pegawai bekas PM9, dua daripadanya bergelar Datuk

BACA JUGA Sah empat pegawai bekas PM9 ditahan SPRM

Â