Sah empat pegawai bekas PM9 ditahan SPRM

Empat orang pegawai kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan empat pegawai terbabit disahkan sumber SPRM dan sudah mendapat perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya semalam, lapor Harian Metro.

Portal itu mendakwa, tiga pegawai ditahan lima hari bermula Jumaat lalu, manakala seorang lagi telah dibebaskan hari ini.

Ia telah disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Bagaimanapun tidak ada penjelasan lanjut mengenai penahanan mereka.

Awal pagi ini beredar di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan pegawai Ismail dijumpai bersama sejumlah wang tunai bernilai ratusan juta ringgit.

Namun dakwaan itu tidak dapat disahkan.

BACA JUGA Khabar baik untuk pencarum, dividen KWSP mungkin lebih tinggi kali ini

Â