Pemimpin Pas melenting lepas kena kecam tak menyabar nak PRK
Pemimpin kontroversi Pas dikritik ramai gara-gara memuat naik hantaran Facebook tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) biarpun tidak sampai 24 jam Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia.
“PRK pula kita. Jom pakat menangkan calon PN,” tulis Mokhtar Senik di FB semalam.
Hantaran itu didapati telah dipadam selepas ia menerima kecaman ramai kerana didakwa tidak sensitif.
Bagaimanapun dalam hantaran terbaru, Mokhtar Senik mempertahan tindakannya, memetik kisah ketika jenazah Rasulullah SAW belum pun dikebumikan tetapi para sahabat sudah berkumpul dan berbincang siapa bakal menjadi pemimpin seterusnya.
Dia juga melabel orang yang mengecamnya sebagai jahil serba serbi.
“Susahlah kalau jahil serba serbi. Hukum Fiqh jahil. Hadis jahil. Sejarah dan sirah jahil. Pastu menggelupur tak tentu pasal.
“Orang baca fatihah engkau menggelupur, orang baca ayat kursi engkau berguling. Orang baca ayat jin engkau meraung.
“Engkau bapa jin jahil ke? Kalau jahil semua benda baik jadi tunggul kayu lah,” tulisnya.

BACA JUGA Sah empat pegawai bekas PM9 ditahan SPRM