Bekas pelajar Pasti kata ekonomi Terengganu statik, lonjakan minima
Seorang bekas pelajar Pasti berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu agak statik dan tidak menunjukkan lonjakan ketara.
Individu yang menggunakan nama Faiz Ahmad berkata, Terengganu tidak banyak memasarkan produk keluaran negeri itu ke negeri-negeri lain.
Ia menyebabkan KDNK negeri tidak melonjak ketara.
“Aktiviti ekonomi dekat Terengganu adalah hampir statik atau ada perubahan tetapi tidak ketara. Ada lonjakan tetapi tidak ketara.
“Kalau tanya saya kenapa jujur saya jawab saya tidak tahu secara terperinci, sebab saya tak turun ke lapangan.
“Aktiviti ekonomi Terengganu ada, pelancongan okay, tapi tiada lonjakan ketara. Maksudnya dia kurang lebihan produk untuk dipasarkan keluar Terengganu,” katanya di TikTok.
Dia yang membesar di negeri Darul Iman itu berkata, dia tidak mahu terlalu kritikal dalam menganalisa punca KDNK kerajaan negeri amat perlahan.
Ini kerana katanya, sukar untuk mengkritik parti yang menyapu bersih semua kerusi DUN kerana silap cakap akan dikritik oleh penyokong.
“Kenapa tiada lonjakan KDNK berlaku, yang itu orang Terengganu kena jawab. Saya kena berhati-hati tak nak terlalu kritikal sebab bila tengok kepada keputusan pilihan raya lepas, satu parti sapu bersih DUN. Sokongan rakyat Terengganu solid kepada Pas.
“Bahayanya bila total menang ini, ruang kritikan akan jadi susah sebab kalau kita kritik orang marah,” katanya di TikTok.

BACA JUGA 6 tahun berturut negeri SG4 tercorot dalam KDNK, Kelantan paling teruk
Â