Kutuk PMX bukan main, tapi janji mereka tak dikotakan, Taman Putera Rahman terbengkalai
Pengarah komunikasi AMANAH Khalid Samad menyelar pentadbiran negeri Terengganu pimpinan Pas yang hanya menghamburkan janji manis untuk menang pilihanraya dan memaki hamun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apa yang mereka tak kata dekat PMX. Segala maki hamun keluar tetapi mereka tutup mata bila mereka sendiri gagal menunaikan janji.
“Sama naik Kedah dan Terengganu. Sembang ja pandai,” katanya merujuk kepada projek perumahan di Dendong, Besut yang terbengkalai meskipun majlis pecah tanah berlangsung pada bulan Julai 2020.
Majlis pecah tanah projek pembangunan perumahan mampu milik dan bercampur yang dikenali sebagai Taman Putera Rahman di kawasan Dendong, mukim Tembila daerah Besut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada 20 Julai 2020.
Ia sepatutnya siap pada 2023 tetapi malangnya projek tersebut terbengkalai.
BACA JUGA: Kenapa tidak jadikan ternakan ikan haruan industri baru di Malaysia, Mat Sabu ke Kemboja