PM bincang isu tebatan banjir, sempadan dengan MB Kelantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membicarakan usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook berkata, antara yang dibincangkan termasuk perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

“Saya titipkan pesanan agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya,” katanya.

Beliau turut memuat naik beberapa foto pertemuan itu yang juga dihadiri beberapa pegawai lain.

BACA JUGA Duit lebih RM100 juta sah ditemui di kediaman bekas pegawai kanan PM9

Â