Gelagat orang Cina tangkap gambar Tun M di sebalik cermin tarik perhatian
Video sekumpulan kaum Cina menangkap gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di sebalik dinding cermin di sebuah pusat beli-belah menarik perhatian warganet.
Menerusi rakaman video berdurasi 32 saat yang tersebar, mereka dilihat teruja mengambil gambar bekas Ahli Parlimen Langkawi yang kalah teruk dan hilang wang deposit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu.
Kumpulan terbabit terdiri daripada golongan tua dan muda dengan sebahagiannya memakai pelitup muka termasuk seorang lelaki yang bertatu.
Dalam masa sama, Mahathir yang juga bapa kepada dua anak dengan harta dimiliki mencecah lebih RM1.2 billion itu dilihat melayan gelagat mereka merakamkan detik itu.
Namun, klip video yang dimuatnaik kembali oleh penyokong Mahathir itu difahamkan sudah beberapa tahun lalu dirakam manakala premis di sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang disinggahi mantan Perdana Menteri itu pun dikatakan sudah ditutup.
Sementara itu, di media sosial, penyokong bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut berbangga.
Antaranya, pengguna X, Ahmad Fazli Mohammad yang menegaskan gelagat kumpulan Cina berkenaan apabila bertemu dengan Mahathir bukan lakonan.
“Siapa kata bukan Melayu tidak menyayangi Tun Dr Mahathir?
“Yang muda, tua yang bertatu pun mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Tun Dr Mahathir walaupun di sebalik cermin,” katanya.
Walau bagaimanapun, rata-rata secara sinis mengaitkan kerumuman orang ramai itu seperti keadaan di zoo selain kekalahan teruk Mahathir di Parlimen Langkawi dalam PRU pada 19 November 2022.
Tidak kurang juga yang menyindir pembangkang apabila tidak pula ‘meratib’ Cina DAP ketika sebelum ini galak bercakap tentang Melayu terancam dengan bukan Melayu.
“Sayanglah sangat… hinggakan tempat yang dia bangunkan (Langkawi), hilang deposit. Kelakarlah,” kata pemilik akaun X, @saidinrose1.
“Haah… Masa Cina tangkap gambar Tun M, tak pula meratib DAP,” perli @izwaf_77.
“Ye la… dia kan bekas PM, bekas ketua negara… kalau dia dah ‘pergi’, adalah gambar kenangan… “oo.. dia ni ka yang anak ada bilion bilion tu… aku ada ambil gambar dia dulu..”,” ujar @sabirinsab pula.
BACA JUGA Kalau nak sokong Pas pastikan jadi MP atau MB, baru selamat