Kalau nak sokong Pas pastikan jadi MP atau MB, baru selamat
Penyokong tegar Pas atau digelar walaun dinasihatkan jika hendak menyokong parti itu pastikan mereka adalah orang penting atau wakil rakyat.
Pengarah Biro Komunikasi AMANAH Perlis, Muhammad Yahaya berkata, jika tidak, bersedia untuk tanggung sendiri segala risiko jika kantoi membuat fitnah kerana Pas tidak akan “back-up”.
“Kalau nk sokong Pas, kena usaha smpai jadi MP. Kalau setakat jadi walaun biasa, bersedialah untuk tanggung sendiri apa risikonya.
“Ampa tengok. Dalam kes Ahli Parlimen (Kepala Batas, Siti Mastura disaman) RM800,000, Pas boleh keluar fatwa wajib isi tabung jihad bantu Mastura bayar kepada DAP.
“Tapi dalam kes pak cik ni, ada Pas edar tabung jihad? Ada? Tak ada pun.
“Atau.. ada tak mana-mana pemimpin Pas yang tampil untuk menghulurkan sumbangan peribadi untuk menyelamatkan pak cik ni dari meringkuk dalam penjara. ada tak? Tak ada pun,” katanya.
Beliau mengulas kes penyokong tegar Pas yang dimasukkan ke penjara selepas didapati bersalah memuat naik kandungan palsu berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.
Lelaki warga emas berusia 67 tahun itu dipenjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 yang dikenakan terhadapnya.
Lelaki itu ditahan kelmarin sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.
Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula semalam.
BACA JUGA Jadi pilihan utama pelabur Eropah, AS, tak sangka sebesar ini potensi pelaburan diraih Malaysia
Â