Madani tetap jadi pilihan ramai, hanya 5.6 peratus sokong pembangkang

Undian atas talian oleh aktivis Fahmi Reza menerusi platform X menyaksikan Kerajaan Madani tetap menjadi pilihan ramai dengan memperoleh undian tertinggi mencecah 47.5 peratus.

Tinjauan melibatkan keseluruhan 5,896 pengundi itu pula menunjukkan hanya 5.6 peratus menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Dalam masa sama, sebanyak 46.9 peratus pengguna X memilih tidak menyebelahi mana-mana blok.

“Hello warga Twitterjaya yang bukan akaun cybertrooper PH, BN, PN atau mana-mana parti politik.

“Di mana kamu berdiri dalam politik Malaysia sekarang? Kamu lebih cenderung menyebelahi pihak mana?” tanya Fahmi menerusi tinjauan itu.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan pendirian politiknya sebagai menjawab soalan netizen.

“Aku non-partisan, tak menyebelahi mana-mana parti, tak terikat dan tak taksub pada mana-mana pemimpin politik atau parti. Bebas dan berautonomi,” tegasnya.

Rata-rata menyifatkan banyak usaha telah dilaksanakan Kerajaan Madani demi rakyat walaupun masih dalam tempoh dua tahun pentadbiran.

“Benda yang baik kerajaan sekarang buat kita patut bagi kredit. Benda yang tak betul wajar kita tegur. Tapi teguran biarlah berasas,” tulis pengguna X, emyn.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat kerajaan sekarang masih teguh walaupun diakui masih wujud kekurangan lantaran kesedaran tinggi anak-anak muda.

Mereka yang mengaku bukan penyokong tegar Kerajaan Madani turut menyatakan sokongan kepada pentadbiran diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa ini.

“Saya bukan orang yang ikut perkembangan politik tapi jika ada PRU buat masa ini, saya pilih kekalkan kerajaan sebab nampak ada function,” ujar @jefrisharif.

BACA JUGA Pemuda Pas sengaja hasut rakyat bencikan Kerajaan Madani

Â