Perbezaan caj hospital swasta, penyakit paling kerap dituntut insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbezaan caj hospital swasta mengikut ‘pay and claim’ dan ‘guarantee letter’ dan juga senarai 10 penyakit paling kerap dituntut insurans perubatan merupakan antara isu yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Ia susulan peningkatan harga premium insurans.
Isu ini dibangkitkan oleh Sim Tze Tzin kepada Menteri Kewangan dalam sesi soalan lisan.
Selain itu, usaha mengurangkan kemalangan maut dibangkitkan oleh Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) kepada Menteri Pengangkutan.
Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pula menegahkan isu status rundingan diplomatic berhubung isu Beting Patinggi Ali dan pencerobohan China ke atas Zon Ekonomi Eksklusif.
Tiga RUU akan dibacakan kali kedua iaitu RUU Bernama, RUU Majlis Media Malaysia dan RUU Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman.
BACA JUGA:Wajibkan hospital swasta sumbang biasiswa hasilkan doktor?
Â