Wajibkan hospital swasta sumbang biasiswa hasilkan doktor?

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa peruntukan undang – undang sekarang tidak memperuntukkan secara khusus penyediaan biasiswa oleh hospital swasta.

“Seksyen 105 , Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] memperuntukkan kuasa Menteri untuk menetapkan jenis sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan atau jumlah sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

“Walau bagaimanapun, pada masa ini Jadual Kedua Belas, Peraturan 430, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 yang memperincikan sumbangan sosial di bawah Seksyen 105 ini tidak memperuntukkan secara khusus penyediaan biasiswa oleh fasiliti swasta.”

Dr Dzulkefly berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Pang Hok Liong (PH-Labis).

BACA JUGA: Ngeh usulkan Awang Hashim dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan

Â