Tuduh hari bersidang makin kurang, Amirudin sekolahkan Azmin Ali
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disekolah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas mendakwa jumlah hari persidangan Dun semakin berkurang.
Azmin mempersoal mengapa jumlah persidangan tahun lalu hanya 22 hari.
Amirudin membalas jawapan itu, mengatakan jumlah persidangan di bawah kepimpinannya lebih banyak berbanding jumlah hari bersidang sewaktu Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
“Saya kemukakan bukti bahawa jumlah hari persidangan semasa saya menjadi Menteri Besar Selangor adalah jauh lebih banyak berbanding sewaktu Hulu Kelang jadi Menteri Besar.
“Buktinya tahun 2022 dan 2024 jumlah hari persidangan ialah 22 hari sedangkan semasa tahun 2016 hanya selama 17 hari dan 2018, 16 hari,” katanya di Facebook.
Amirudin berkata, persidangan Dewan Negeri Selangor tahun lalu mencatatkan bilangan hari persidangan tertinggi di antara semua negeri berdasarkan Skor Keterbukaan Awam oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
BACA JUGA Jangan dibiar bahana cleric politics
Â