Berita baik untuk pesawah, PM peruntuk RM15 juta persiapan puasa, raya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat seluruh pesawah seluruh negara di mana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan buat mereka sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau berkata, bantuan itu adalah sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM30 juta yang diberikan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada pesawah miskin.

Menurutnya, bantuan persediaan Ramadan itu akan disalurkan sebelum puasa bermula.

“Saya minta Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan BERNAS jana keuntungan daripada pesawah. Jadi beliau setuju untuk menyumbang RM30 juta sebelum ini.

“Daripada peruntukkan itu, kita akan salurkan persediaan awal Ramadan dan Syawal kepada pesawah sebanyak RM15 juta dengan segera. Kita harap ia dapat dilaksanakan sebelum permulaan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Ayer Hitam hari ini.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Keterjaminam Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Sejurus selepas itu, Syed Mokhtar pula menyatakan komitmennya melalui BERNAS untuk menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

BACA JUGA Selepas PMX bergurau pasal baju Melayu, Syed Saddiq bawa Bella ke Parlimen

Â