Selepas PMX bergurau pasal baju Melayu, Syed Saddiq bawa Bella ke Parlimen
Selang dua hari Perdana Menteri bergurau tentang pemakaian baju Melayu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini rupanya bawa penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ke Parlimen.
Menerusi gambar dikongsikan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, kelihatan Syed Saddiq lengkap berbaju Melayu tersenyum lebar di sisi Bella.
“Ada orang bawa Bella Astillah ke Parlimen,” tulis Young Syefura di platform X sekaligus menarik perhatian warganet.
Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan tampil sedondon dengan Bella di Parlimen yang bertemakan warna biru.
Turut kelihatan anak Bella, Ayden Adrean, 8, hasil perkongsian dengan bekas suaminya, Aliff Aziz.
Rata-rata meninggalkan komentar mengusik Syed Saddiq termasuk menganggap semakin kuat bau nasi minyak selain mendoakan agar episod dari Parlimen itu akan segera berakhir ke pelamin.
Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bergurau dengan Syed Saddiq yang sohor kini di media sosial selepas menjadi model baju raya bagi sebuah jenama fesyen.
Gurauan PMX itu menceriakan suasana Dewan Rakyat apabila disambut hilai tawa beberapa Ahli Parlimen, termasuk ada membangkitkan nama Bella yang merupakan pasangan Syed Saddiq sebagai model baju raya.
Sebelum ini, Syed Saddiq mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.
Jelasnya, ia susulan usahanya bagi mendapatkan peruntukan daripada kerajaan masih belum menemui hasil.
BACA JUGA MP gesa menteri jangan bertangguh, ambil tindakan segera terhadap kartel beras