Mereka hina dan maki Anwar tapi ini PMX buat

Gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berbual dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang pernah menghina dan memakinya menarik perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman video dimuatnaik pengguna TikTok, Khairul Rashid kelihatan Perdana Menteri yang sedang dikerumuni di bangunan Parlimen tersenyum melayan mereka terbabit.

Rata-rata memuji ketenangan PMX melayani semua pihak dengan hormat sekaligus mengingatkan warganet bahawa Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah membalas cercaan dengan kebencian.

Sehubungan itu, warganet mengingatkan agar penyokong pembangkang tidak taasub dengan politik kepartian sehingga tergamak menghalalkan fitnah.

“Itu sebab penyokong, pencacai tak kira mana pemimpin pilihan jangan fanatik dan melampaui batas,” kata pengguna X, Asrol Iberahim.

“Teringat walaun yang tak tahu realiti politik. Circle orang atasan, diorang hentam bila atas floor masing-masing, tapi diorang bergaul bersama. Walaun, buat fitnah, masuk penjara tanggung sorang-sorang,” ujar Mzaid.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat tidak semua orang bersikap jujur seperti mana Anwar malah dibimbangi bertindak mengkhianati pemimpin Islam ke-15 paling berpengaruh di dunia itu.

“Kekuatannya juga boleh menjadi kelemahannya. Memaafkan sampai selalu dan senang orang fitnah dan pijak kepala PMX,” luah pengguna X, Alan.

BACA JUGA Berita baik untuk pesawah, PM peruntuk RM15 juta persiapan puasa, raya

Â