Padah sentuh 3R babit khutbah JAIPk, fitnah MB Perak, suspek kini diburu polis
Polis sedang mengesan individu yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) babit Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan komen berbaur fitnah terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Difahamkan, serang lelaki meninggalkan komen di Facebook melabel Saarani sebagai ketua kafir harbi, menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadapnya oleh pemuda UMNO Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kertas siasatan telah pun dibuka.
Setakat hari ini, beliau sudah menerima dua laporan berhubung isu berkenaan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.
“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai aktivis sebuah parti politik kerana mengeluarkan komen jelek dan fitnah pada sebuah hantaran di Facebook.
Selain itu, bekas Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim pula membuat laporan polis berhubung dakwaan teks khutbah Jumaat JAIPk dikuasai oleh DAP.
BACA JUGA Berita baik untuk pesawah, PM peruntuk RM15 juta persiapan puasa, raya
Â