Berdaftar atau bersedia hadapi tindakan undang-undang
Semua pengamal perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) perlu berdaftar untuk meneruskan operasi.
Kegagalan pengamal untuk menjadi pengamal berdaftar akan mengakibatkan mereka berdepan tindakan undang-undang.
“Semua pengamal perubatan T&CM dalam bidang amalan diiktiraf adalah wajib berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang ditubuhkan di bawah Akta.
“Ini bagi memastikan setiap pengamal memenuhi kriteria kelayakan yang diiktiraf serta mematuhi piawaian amalan mandatori yang ditetapkan,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.
Pengamal yang dimaksudkan adalah mereka yang berkecimpung di dalam tujuh bidang berikut:
a) perubatan tradisional Melayu
b) perubatan tradisional Cina
c) perubatan tradisional India
d) Homepati
e) Kiropraktik
f) Osteopati
g) Amalan pengubatan Islam
Penguatkuasaan dibuat untuk mencapai tiga tujuan berikut:
Melindungi pengguna daripada risiko perkhidmatan T&CM yang tidak selamat atau tidak berkesan;
Memastikan pengamal T&CM dalam bidang amalan diiktiraf menjalankan amalan berasaskan kompetensi dan standard yang ditetapkan; dan
Menggalakkan pembangunan industri T&CM yang lebih berstruktur dan berintegriti.
BACA JUGA:Mesyuarat sulung kumpulan kerja NAIO himpunkan lebih 170 pakar
Â