Mesyuarat sulung kumpulan kerja NAIO himpunkan lebih 170 pakar

Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) telah mengadakan mesyuarat sulung Kumpulan Kerja, menghimpunkan lebih 170 pakar daripada pelbagai latar belakang untuk mengukuhkan usaha kolektif negara dalam membentuk masa depan kecerdasan buatan.

Hasrat strategik ini berakar umbi dalam agenda “Membina Negara AI,”yang mendorong NAIO untuk mewujudkan ekosistem dinamik dan inklusif di mana pelbagai perspektif dan kepakaran disatukan.

NAIO berjaya menghimpunkan kumpulan yang dinamik dan pelbagai, merangkumi rakyat Malaysia, pakar antarabangsa, dan kumpulan diaspora Malaysia.

Perhimpunan ini menampilkan veteran industri, perunding berpengalaman, penyelidik terkemuka, dan ahli profesyenal, memastikan pendekatan holistik dan pelbagai aspek terhadap pembangunan AI.

Inisiatif Kumpulan Kerja NAIO menyatukan spektrum kepakaran yang luas merentasi domain kritikal, termasuk teknologi, dasar, etika, keselamatan, pembangunan bakat, dan impak masyarakat.

Platform kolaboratif ini memperjuangkan inklusiviti dan kepakaran, memastikan strategi AI diterjemahkan kepada penyelesaian nyata yang mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap AI global.

Sebanyak tujuh kumpulan kerja menetapkan hala tuju strategik, objektif dna penanda aras mereka. Kumpulan kerja tersebut adalah – Kedaulatan AI, Peraturan & Dasar AI, Keselamatan AI, Tadbir Urus & Etika AI, Keselamatan AI, Bakat AI, dan Penasihat AI

Setiap kumpulan dibentuk untuk menangani cabaran dan peluang khusus dalam agenda AI nasional, memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam era dipacu AI.

Pandangan dan cadangan daripada Kumpulan-Kumpulan Kerja ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk strategi AI nasional, termasuk Pelan Tindakan AI, rangka kerja peraturan, dan model tadbir urus. Inisiatif ini mengesahkan komitmen NAIO terhadap penggubalan dasar yang inklusif dan kolaboratif, memanfaatkan kepakaran dan inovasi untuk memajukan aspirasi AI Malaysia.

Dengan memanfaatkan kekuatan komuniti yang pelbagai dan berbakat ini, NAIO bersedia untuk memimpin Malaysia ke arah kecemerlangan AI.

NAIO kekal komited untuk memupuk kerjasama strategik, memastikan AI berfungsi sebagai pemacu transformatif untuk kemajuan negara.

BACA JUGA: Mereka hina dan maki Anwar tapi ini PMX buat