Fahmi naib presiden PKR? Ini jawapan beliau
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil masih belum membuat keputusan muktamad berhubung jawatan yang akan ditandinginya dalam pemilihan PKR pada 2 Mei.
“Dalam Keadilan (PKR), kita boleh menjalankan tugas dan berbakti dalam apa jua jawatan.
“Jadi buat masa ini itu pilihan saya, kita tunggu,” katanya dalam sidang media mingguan kerajaan di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa beliau akan menjadi salah seorang naib presiden.
Fahmi menjadi ketua penerangan PKR sejak Julai 2022.
PKR memperuntukkan empat naib presiden lantikan.
BACA JUGA: PRK Ayer Kuning: Tarikh akan diumumkan SPR pada 7 Mac
Â