Pemuda AMANAH sambut baik RUU Majlis Media Malaysia dengan peringatan
Dalam menyambut baik kelulusan RUU Majlis Media Malaysia, Exco Pemuda AMANAH Nasional Ahmad Fadhli Umar turut mengingatkan agar undang-undang tersebut tidak disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.
“Kerajaan Madani perlu memastikan bahawa pelaksanaan undang-undang ini tidak disalahgunakan untuk mengawal atau menyekat kebebasan bersuara tetapi sebaliknya menjadi alat untuk memperkasa integriti setiap platform dan pengamal media di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut merasakan bahawa kelulusan RUU ini akan membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih kritikal dan berpengetahuan.
“Sebagai sebuah parti yang komited terhadap prinsip demokrasi, AMANAH akan terus memantau perkembangan ini dengan penuh teliti dan menyeluruh. Saya percaya kejayaan ini bukan sekadar kemenangan untuk pihak media semata-mata tetapi ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan masyarakat yang kritikal dan lebih berpengatahuan pada masa akan dating.”
RUU yang diluluskan kelmarin akan membolehkan pemain industri untuk mengawal selia perkara-perkara yang berbangkit dalam dunia kewartawanan.
Dalam perkembangan berkaitan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa penglibaran wakil kerajaan di dalam MMM tidak membabitkan individu berkepentingan dalam kerajaan mahupun politik.
BACA JUGA: Cadangan MB Perlis tukar padi dibantah
Â