Reformati? Ini enam usaha reformasi pentadbiran Anwar
Terdengar laungan di luar sana.
Reformasi bertukar jadi Reformati.
Tapi bila kaji dan semak fakta, banyak juga yang dibuat sudah.
Dalam masa 28 bulan, banyak benda yang tertunai. Tambahbaikan yang menyekat Kerajaan buat perangai.
Ini semua reformasi yang menyekang mana2 manipulasi tak kira pihak mana pun naik jadi Kerajaan.
Orang kata, slowly but surely. Selagi mana Kerajaan ini mengota janji, sedikit demi sedikit membawa perkara baik untuk rakyat dan negara, kita sokong mereka.
Ini fakta dan data untuk anda menilai sendiri.
PRU16 nanti kita tengok kembali prestasi mereka ini. Kalau reformasinya dicapati, janji tinggal janji, tak semestinya diundi kembali.
Di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sesi soal jawab perdana Menteri diperkenalkan di mana ahli Dewan Rakyat boleh menyoal beliau secara langsung.
Akta Audit telah dipinda bagi membolehkan audit dijalankan ke atas syarikat berkaitan kerajaan bagi menangani ketirisan
Di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal pula hutang kerajaan dihadkan kepada kurang daripada 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.
Terkini tiga RUU diperkenalkan.
RUU Majlis Media Malaysia membebaskan media dari campur tangan kerajaan.
RUU Perkhidmatan Parlimen membebaskan parlimen daripada campurtangan eksekutif.
RUU Iltizam Kecekapan Kerajaan pula mempermudah proses kerajaan dan mengurangkan birokrasi.
BACA JUGA: Seruan presiden PKR kepada ahli sempena pemilihan parti
Â