Seruan presiden PKR kepada ahli sempena pemilihan parti

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru partinya untuk memastikan kepimpinan peringkat cabang diwakili oleh semua kaum, seiring dengan prinsip keterangkuman yang dipegang partinya

“Saya menyeru semua ahli memahami ini, pastikan perwakilan dari semua kaum. Sesetengah cabang ada 20 peratus ahli Cina dan 10 peratus ahli India, sesetengahnya tiada langsung.

Ia perlu diambil kira di dalam pemilihan ini selaras dengan nilai yang dibawa dalam perlembagaan parti kita,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR di Shah Alam malam tadi.

Beliau turut mengingatkan calon yang bertanding bahawa jawatan parti bukan jaminan untuk memperoleh jawatan kerajaan. Mereka sebaliknya perlu mengambil kira faktor kekuatan, prinsip dan kebolehan untuk berkhidmat demi parti dan rakyat.

BACA JUGA: Amirudin pertahan jawatan naib presiden PKR, tidak dambakan jawatan timbalan

Â