Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri diperkenalkan
Pejabat Perdana Menteri telah memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri mulai Isnin ini.
“Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi yakni Pejabat Perdana Menteri,” kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.
“Melalui taklimat ini, Pejabat Perdana Menteri akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat. Ini juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.
“Inisiatif ini juga selaras dengan gagasan MADANI yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat.”
Taklimat ini akan disiarkan pada Jam 11 pagi bermula pada hari ini dan 5 petang mengikut keperluan.
Sementara itu, sempena bulan Ramadan, Anwar akan melaksanakan program Ihya’ Ramadan di pelbagai kementerian.
Majlis Berbuka Puasa Madani akan turut diadakan di peringkat negeri.
BACA JUGA: Reformati? Ini enam usaha reformasi pentadbiran Anwar
Â