Adun Pas ‘pusing-pusing’ tak jawab pun isu komen jelik kepada PMX
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Kedah mengejutkan banyak pihak ekoran dakwaan mengeluarkan komentar berbaur jelik dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim menerusi kenyataannya semalam di Facebook Azhar Ibrahim Cikgu At yakin “serangan” warganet adalah disebabkan oleh dua hantarannya berkait dengan program yang dihadiri oleh PMX.
“Tulisan biasa sahaja pun tetapi ramai yang terhiris, pedih!” kata bekas guru berkenaan.
Terdahulu, aktivis pro Kerajaan Madani, Najib Bakar menanda Azhar di media sosial berhubung komentar jelik yang tidak sepatutnya ditulis oleh seorang individu bergelar ‘Cikgu’ itu.

Azhar, 61, bagaimanapun menganggap tangkap layar yang memaparkan komentar keji itu sebagai “entah di mana dijumpa…”.
Dia yang menyandang jawatan sebagai ADUN Ayer Hitam sejak tahun 2018, menggantikan Mukhriz Mahathir itu berkata, serangan orang ramai di Facebook, WhatsApp dan panggilan telefon itu dilayaninya “secara ala kadar, pandang sebelah mata dan tangkis guna tangan kiri saja!”.
Rata-rata menempelak sikap Adun Pas berkenaan yang dilihat tidak memberikan penjelasan yang sewajarnya apalagi menafikan pihaknya yang menulis komentar jijik itu.

BACA JUGA Aset pelaburan KWSP era kerajaan Madani capai RM1.25 trilion
Â