Aset pelaburan KWSP era kerajaan Madani capai RM1.25 trilion

Era kerajaan Madani menyaksikan aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM1.25 trilion setakat 31 Disember 2024.

Sebanyak 63 peratus daripada asset pelaburan dana persaraan terbesar kelima terbesar di Asia itu telah dilaburkan dalam pasaran domestik.

Menurut KWSP, pelaburan domestik menjana RM37.02 bilion atau 49.7 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

Ia memberikan kestabilan kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP.

“Aset global pula menjana pendapatan sebanyak RM37.44 bilion atau 50.3 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan,” katanya dalam kenyataan semalam.

KWSP menjelaskan daripada RM74.46 bilion jumlah pendapatan pelaburan keseluruhan, RM63.59 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM10.87 bilion adalah untuk Simpanan Shariah.

Bermula Januari 2024, dana persaraan ke-13 terbesar di dunia itu sudah memisahkan sepenuhnya portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

KWSP berkata, langkah berkenaan membolehkan setiap portfolio mengoptimumkan pulangannya dalam jangka panjang melalui alokasi aset strategik tersendiri.

BACA JUGA Ramai terharu, tertanya nenek bongkok siapa yang gigih bersedekah

Â