Ramai terharu, tertanya nenek bongkok siapa ini yang gigih bersedekah

Ramai terharu menyaksikan bagaimana seorang wanita tua yang terlalu bongkok tubuhnya tetapi masih gigih bersedekah.

Perbuatan mulia individu berkenaan tular di media sosial mengundang pujian warganet.

Menerusi rakaman video itu, nenek tersebut mulanya dilihat mengira wang kertas seringgit di tangannya sebelum menghulurkan kepada individu yang cacat penglihatan.

Selepas itu, beliau bergerak beberapa langkah menuju kepada seorang lelaki OKU penglihatan yang duduk di kerusi di tepi tangga.

Keadaan fizikalnya ditambah baju di bahagian belakang yang terkoyak meruntun perasaan orang ramai.

Difahamkan, lokasi tersebut adalah di medan selera Petaling Jaya, Selangor.

Namun, pengguna TikTok, ayin_la memberitahu, nenek berkenaan sudah jarang kelihatan kini.

Rata-rata mendoakan warga emas berkenaan sentiasa sihat dan menjadi penghuni syurga kelak atas nilai luhur hati budinya itu.

Dalam masa sama, ada yang mengaku insaf dan terdorong untuk turut melipatgandakan amalan bersedekah ditambah bulan Ramadan ini, warganet juga berpendapat lebih baik sumbangan tidak diberi kepada penyebar fitnah.

“Tarbiyyah daripada Allah datang dengan macam-macam cara.

“Orang kaya yang sebenar, dia yang mampu memberi, sedangkan dia juga memerlukan.

“Sedekah pada yang memerlukan lebih baik dari sedekah kepada penyebar fitnah,” demikian antara komentar warga maya.

@zulihsan44342

Walau sudah bongkok seribu, nenek ini masih kuat bersedekah kerana melihat ada orang lain yang susah. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang mafhumnya:  “Tangan yang di atas (orang yang memberi sedekah) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang menerima sedekah).”  (HR al-Bukhari) Dia pegang ayat ini walaupun dia jauh lebih perlukan wang. Tapi wang bukanlah kebahagiaan hakiki. Bahagia itu apa yang kita buat adalah benar dan dia sedang menikmatinya.. -Rezekinya lebih berkat -Dijauhi musibah -Dipanjangkan usia dgn keberkatan -Dilapangkan dadanya -Diri sentiasa cukup (Qana’ah) -Keperluan diri dicukupkan Allah #sedekah #kelebihansedekah #tangandiataslebihbaik #ajaranislam

♬ original sound – Ibuseleraasli – Ibuseleraasli

BACA JUGA Patutlah nak mundur pilih Pas, Pemudanya masih pertikai Akta PSB

Â