Heboh wanita buat ‘live’ TikTok semasa solat tarawih: Ini nasihat mufti

Tular di media sosial memaparkan seorang wanita membuat siaran langsung di TikTok ketika menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan.

Perbuatan jemaah berkenaan dihujani kecaman orang ramai sekaligus mengingatkan kepada hadis berkenaan peringatan tentang seorang perempuan adalah lebih baik solat di rumahnya sendiri.

Mengulas tindakan wanita itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman dilapor berkata perbuatan membuat siaran langsung di media sosial ketika melaksanakan solat boleh mengganggu tumpuan ibadah hingga menyebabkan ia terbatal.

“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.

“Namun, solat sambil bersiaran langsung boleh mengurangkan kekhusyukkan dan memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang adab dalam ibadah.

“Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan Allah, bukan untuk tontonan umum,” katanya, dipetik Sinar Harian.

Tindakan wanita berkenaan turut mengundang persoalan orang ramai termasuk menganggap perlakuan tersebut seperti menghina agama.

Dalam masa sama, ada juga menegur tentang Jarak dalam saf yang terlalu jauh antara jemaah perempaun itu.

“Solat ni kita mengadap Allah. Kita nak berinteraksi dengan Allah. Hal dunia, telefon kena off, letak tepi terus. Fokus khusyuk solat saja. Sahabat RA menggigil badan tiap kali nak solat sebab sifat taqwa dan takut pada Allah. Tapi, kau makcik selamba live semasa solat,” kata pengguna X, @BadryelBaharom.

“Dia nak semak bacaan imam”? Makcik ni juri tilawah ke? Dia makmum, imam lelaki, kalau salah ke, ada orang lelaki di saf depan boleh tegur. Kalau dia jumpa salah bacaan imam tu dia nak buat apa? Jerit dari ruang solat perempuan?” perli @runrickyrunrun.

Live satu hal, saf punyalah Jarak besar, sebab tu perempuan kena solat dekat rumah. Tak payah pergi masjid. Buat menimbulkan fitnah je,” ujar @RasyidiRasyid.

BACA JUGA Aset pelaburan KWSP era kerajaan Madani capai RM1.25 trilion