Patutlah nak mundur pilih Pas, Pemudanya masih pertikai Akta PSB

Pemuda Pas masih mempertikai Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekaligus menguatkan sinikal umum sebelum ini jika nak mundur pilih Pas.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Hanif Jamaluddin malah mengaitkan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan jika PSB digubal dan dikuatkuasakan.

“Kemunculan pusat komersial mewah yang tidak memenuhi keperluan dan di luar kemampuan penduduk asal khususnya oleh keluarga muda.

“Tekanan ekonomi yang menyebabkan pemilik asal menjual hartanah mereka kepada pemaju,” dakwanya menurut kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Hanif Jamaluddin

Dia turut berpendapat penurunan had ambang persetujuan daripada 100% kepada 80%, 75% dan 51% memberi ruang untuk mengabaikan suara pemilik minoriti dan membolehkan unit mereka dijual melalui kaedah en bloc tanpa persetujuan sepenuhnya.

Pemimpin pemuda parti pembangkang yang memakai gelaran “ustaz” itu turut mendakwa terdapat kemungkinan PSB lebih menguntungkan pemaju hartanah berbanding rakyat yang ingin membangunkan projek besar, seperti kondominium mewah atau pusat komersial.

“Projek ini mungkin memberi manfaat kecil kepada masyarakat setempat, namun hanyalah sedikit ketimbang kemudaratan yang sangat besar yang terpaksa dihadapi oleh penduduk asal khususnya anak muda.

“Lambakan rumah mewah dengan harga yang amat tinggi akan memberikan kesan sosial khususnya kepada anak muda yang bekerja di kawasan-kawasan bandar,” katanya.

Tambah Hanif lagi, kerajaan harus melakukan pendekatan inklusif iaitu mengambil kira suara penduduk dan pemilik hartanah, sosioekonomi dan sosiobudaya setempat sebelum sebarang keputusan dibuat jika ingin melaksanakan pembaharuan bandar.

Untuk rekod, PSB merupakan perancangan dalam PLAN Malaysia yang dirancang seawal tahun 2021 lagi.

Pada masa itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata akta berkaitan perlu dipinda untuk menjayakan perancangan PLAN Malaysia itu.

Selepas itu, cadangan Akta PSB telah diketengahkan oleh Menteri KPKT zaman Kerajaan PN seterusnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kurang tepat

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara sinis meminta kerajaan menamakan semula akta berkenaan sebagai Akta Rampas Rumah.

Hangat ke sana ke sini dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, bekas Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu bimbang PSB menjadi pengkhianat terbesar golongan susah yang tinggal di bandar.

Susulan itu, KPKT menerusi maklum balasnya menegaskan bahawa kenyataan Syed Saddiq itu kurang tepat serta tidak mencerminkan dasar dan peruntukan sebenar dalam akta PSB.

Jelas KPKT, pihak kerajaan sama ada Persekutuan atau Negeri akan menyediakan pelbagai insentif sebagai satu strategi dalam memacu keberhasilan pelaksanaan projek PSB dengan tumpuan utama akan memberi manfaat kepada pemilik hartanah asal.

“Oleh demikian, melalui pemilikan hartanah baharu yang lebih tinggi nilainya, ia adalah untuk memastikan pengekalan pemilik hartanah menghuni di kawasan atau lokasi sama dengan persekitaran serta infrastruktur bernilai lebih tinggi dari aspek ekonomi, infrastruktur baharu dan kualiti persekitaran.

“Pengekalan pemilik dan penduduk asal inin membuktikan bahawa tiada sebarang unsur rampasan tanah atau hartanah mahupun membangkitkan isu yang berkaitan unsur penindasan dan pengusiran atau gentrifikasi,” menurut KPKT dalam kenyataan pada 19 Februari lalu.

BACA JUGA Dulu wajib bohong demi jaga maslahat, kini Pas ‘bising’ pembohong jadi pemimpin

Â