61 akaun bank cecah RM15 juta dibeku, ini sebab SPRM tahan sembilan pegawai penguat kuasa

Sebanyak 61 akaun bank membabitkan kira-kira RM15 juta yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dibekukan dalam Op Hazard, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, pihaknya juga telah menahan 26 individu, termasuk 18 pemilik dan pengarah syarikat.

“Kami juga menahan sembilan pegawai penguat kuasa yang disyaki melindungi pusat pengumpulan sisa elektronik haram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa terbabit melindungi pusat berkenaan daripada dikenakan tindakan, membolehkan mereka beroperasi secara haram.

“Pemilik syarikat juga sudah direman dan kami sedang memohon lanjutan reman mereka. Siasatan masih diteruskan,” ujarnya.

Jelasnya, SPRM telah mengenal pasti rangkaian antara kilang memproses sampah e-waste di Segamat, Johor dan Telok Panglima Garang, Selangor.

Dalam Op Hazard, SPRM memulakan siasatan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melakukan serbuan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada 15 Februari lalu, JAS turut memeriksa 47 kilang dan mendapati 30 premis beroperasi secara haram, tujuh premis barang lusuh, enam premis berlesen di bawah JAS, tiga premis berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan dan satu gudang haram.

BACA JUGA Sah Ismail Sabri kini bukan lagi saksi tapi suspek kes pengubahan wang RM170 juta

Â