Sah Ismail Sabri kini bukan lagi saksi tapi suspek kes pengubahan wang RM170 juta

Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dianggap sebagai suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, dan bukan lagi disiasat sebagai saksi.

Ia disahkan sendiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam sidang media tengah hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penemuan wang tunai RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ mengesahkan pembabitan Ahli Parlimen Bera itu.

Buat masa ini antara tindakan dilakukan SPRM adalah meminta Ismail Sabri untuk mengisytiharkan hartanya Seksyen 36 Akta SPRM.

“Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera sebagai seorang suspek.

“Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).

“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya memetik Berita Harian.

BACA JUGA Beras putih tempatan akan pulih berfasa, PM sudah buat arahan kepada menteri

Â