Ini dia gambaran bilik dengan wang RM170 juta dan jongkong emas
Warga maya menggunakan sembang chatbot ChatGPT untuk menjana gambaran wang tunai RM170 juta selepas gempar penemuan wang tunai berkait dengan bekas Perdana Menteri ke-9.
Janaan imej itu dimuat naik pengguna Facebook Jason Yew dengan kapsyen; “Gambaran keadaan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas”.
Sebelum ini heboh desas desus mengenai penemuan wang berjumlah RM150 juta.
Namun spekulasi itu meleset selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menemui wang tunai sebanyak RM170 juta.
Turut ditemui pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Jika dikira-kira, keseluruhan rampasan berjumlah RM177 juta.
Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘safehouse’, hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Datuk Seri ismail Sabri Yaakob yang ditahan bulan lalu.
Siasatan SPRM tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika Ismail Sabri menerajui negara.
BACA JUGA RM170 juta wang tunai, 16 kg jongkong emas disita hasil siasatan berkaitan Ismail Sabri
Â