Lain macam masjid ini beri hadiah untuk jemaah tarawih, ada dapat pakej umrah

Belum pernah lagi dibuat di masjid di Malaysia, hanya jemaah tarawih di Indonesia berpeluang memenangi hadiah berupa pakej umrah.

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @btari_farida, beberapa jemaah menerima pakej umrah secara percuma selain televisyen dan mesin basuh.

Tawaran hadiah itu dengan menyaksikan jemaah perempuan berjalan menuju ke hadapan mimbar selepas Namanya dipanggil berlaku di Masjid Hanna Samsiah, Maros dalam wilayah Sulawesi Selatan.

Lapor portal berita Tribunnews, tradisi pemberian hadiah itu diadakan sejak dua tahun lalu.

“Hadiah-hadiah itu dibeli oleh pemilik masjid yang juga pengasas travel umrah,” kata wakil masjid, Syamsul Idrus.

Rata-rata netizen berpendapat jemaah tarawih di masjid itu bertuah namun dalam masa sama berharap agar niat mereka ke rumah Allah itu tidak terpesong.

“… buat yag mahu datang niatnya harus betul ya untuk ibadah bukan kerana hadiah undian yang diadakan pihak masjid…,” kata warganet.

BACA JUGA Sudahlah tiga pemuda ini tak puasa, terkejut lihat air apa atas meja