Sudahlah tiga pemuda ini tak puasa, terkejut lihat air apa atas meja
Sekurang-kurangnya tiga pemuda yang difahamkan beragama Islam ‘kantoi’ tidak berpuasa pada hari pertama Ramadan sedang menikmati juadah nasi pada waktu siang.
Menerusi rakaman video yang tular, orang ramai terkejut dengan kandungan di dalam botol plastik di atas meja yang dipercayai air ketum.
Tindakan mereka meminum air ketum yang dilarang di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 itu mengundang kecaman netizen.
Ia termasuk mengingatkan kaum perempuan agar mengelak daripada memilih suami daripada golongan lelaki terbabit yang melanggar kewajipan berpuasa malah mengambil bahan terlarang.

“Dah lah tak puasa, pergi record dan upload pula. Atas meja ada air ketum. Memang tak tahu malu eh.
“Ye tahu tak ada otak tapi janganlah tunjuk pada umum.
“Jenaka eh? Masyarakat rosak pastinya gurauan.
“Kalau video ni direkod di bulan puasa, kebanyakan kaki ketum ni memang tak puasa ye.
“Orang cakap dosa jangan ditunjuk. Acah record padahal tukang record dua kali lima baru habis mencekik. Jangan ditayang la wei,” demikian antara kecaman orang ramai.
Berhubung penggunaan daun ketum, termasuk meminum air ketum, jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun, atau kedua-duanya sekali.
Satu kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap belia di Kedah dan Perlis mendapati bahawa mereka yang berusia dalam lingkungan 12 sehingga 29 tahun merupakan golongan yang sering mencampurkan air ketum dengan bahan lain.
Perkara tersebut dilakukan bertujuan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan disebabkan oleh pengaruh rakan.
BACA JUGA 61 akaun bank cecah RM15 juta dibeku, ini sebab SPRM tahan sembilan pegawai penguat kuasa
Â