Memang ada saja tak kena di mata MP ini, perkara baik untuk rakyat pun nak spin

Ada saja tak kena di mata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan pengumuman KWSP berkenaan jumlah agihan tertinggi mencecah RM73.24 bilion.

Walaupun rata-rata penganalisis ekonomi menyambut baik kenaikan dividen KWSP sebanyak 6.30 peratus yang dilihat membantu meningkatkan tahap kesediaan persaraan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, lain pula halnya dengan Wan Ahmad Fayhsal.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu membangkitkan penggunaan hampir keseluruhan pendapatan kasar yang diperolehi KWSP pada tahun lalu untuk pembayaran dividen.

Katanya, kadar dividen 6.30 peratus untuk kedua-dua simpanan konvensional dan shariah yang diumumkan KWSP sebagai tidak sesuai kerana menggunakan hampir keseluruhan pendapatan kasarnya.

Mengulas pendirian pemimpin Bersatu itu, pemerhati politik Liyana Marzuki menasihatkan agar Wan Fayhsal mencari isu yang lebih bijak.

“Naratif asal: “KWSP dah rugi melabur di MAHB. Mesti dividen bagi rendah tahun ni”.

“Sekali KWSP bagi dividen tinggi, akaun shariah pun sama naik.

“Naratif modified: “Eh, kenapa pula KWSP bagi dividen tinggi? Hampir semua pendapatan diberi kepada pencarum?”

“Dah kenapa kau ni YB? Dulu sembang lain, sekarang lain,” tempelaknya.

Beliau berpendapat tidak ada masalah pun untuk KWSP memberikan dividen tinggi kepada pencarum.

“KWSP tu guna duit rakyat sebagai pencarum. Apa masalahnya dia nak bagi tinggi? Kami juga yang untung.

“Carilah isu lain yang bijak sikit. Takkan perkara baik untuk rakyat pun nak spin,” ujarnya.

Liyana turut membangkitkan bagaimana Wan Fayhsal sebelum ini heboh dari isu cetak wang hingga ke surat layang.

Dalam masa sama, pengamal undang-undang berkenaan turut bimbang masa depan negara jika pemimpin muda hari ini bersikap seperti Wan Fayhsal.

“Dari spin Laporan World Bank dan sekarang dividen KWSP tinggi pun nak ditunggang.

“Kalau pemimpin muda macam ni, habis negara tunggang-langgang.

“Perkara baik untuk rakyat dan negara, kita sokong. Janji, tak sakau duit tu untuk anak atau menantu,” kata Liyana lagi.

BACA JUGA Sudahlah tiga pemuda ini tak puasa, terkejut lihat air apa atas meja