Nazimah berada di dalam negara, kenyataan sudah diambil, kata Azam Baki
Bekas Ketua Setiauasaha Sulit Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Nazimah Hashim sudah diambil kenyataannya oleh Suruhanjaya Pencegahan asuah Malaysia (SPRM) dan beliau berada di dalam negara.
Demikian kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang medianya hari ini.
Azam menjawab pertanyaan wartawan apakah Nazimah sudah diambil kenyataannya dan berada di luar negara.
Jawapan Azam ini menjawab persoalan ramai, apakah Nazimah berada di luar negara selepas Datuk Seri Ismail Sabri tidak lagi menjadi perdana Menteri.
Pelbagai dakwaan dibuat terhadap Nazimah yang disifatkan antara pegawai kanan PM yang berpakaian mewah ke pejabat.
Isu kelayakan akademik beliau juga dimainkan di media sosial.
BACA JUGA Apakah anda fikir ini siasatan terpilih, tanya SPRM kepada wartawan di depan longgokan wang, emas
Â