Turun lori sekali silap jumpa orang, tindakan pemandu SUV ini tarik perhatian
Tindakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar pemandu lori yang sebelum itu dilihat keluar dari kenderaan dipandunya menarik perhatian warganet.
Rata-rata menyokong pemandu SUV itu memandangkan ‘pilot’ lori berkenaan dilihat berhenti di tengah jalan sebelum bergerak ke arah pemandu SUV.
Menerusi paparan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta, pemandu lori tersebut kelihatan diseret ke tengah pembahagi jalan selepas dilanggar secara sengaja.
Kejadian itu berlaku di Bandar Teknologi Kajang pada 28 Februari lalu jam 11.31 pagi.

“Self defence… berhenti tengah jalan block provokasi orang sebab apa? Negara luar drebar buat macam tu biasa nak menyamun… dari pikir panjang-panjang sodok kan je, Colombia style.
“Itulah akibatnya bila nak tunjuk hero… Akhirnya, kereta atas perut…
“Bila buku bertemu ruas ini la padahnya… moga jadi iktibar pada samseng yang lain di luar sana.
“Cara dia keluar dari lori tu macam samseng, lain macam je… Adakah ini pertama kali atau pernah buat pada yang lain? Dia pun salah dah ganggu lalu lintas. Satu lagi salah sebab percubaan membunuh macam kes yang himpit di lebuhraya tu,” demikian antara kata warganet.
Dalam perkembangan berkaitan, pasangan suami isteri warga emas masing-masing berusia 73 dan 65 tahun yang melanggar pemandu lori tersebut telah ditahan polis pada 11.15 malam, 2 Mac lalu.
Mangsa iaitu pemandu lori berkenaan pula adalah lelaki berusia 42 tahun.
BACA JUGA Memang ada saja tak kena di mata MP ini, perkara baik untuk rakyat pun nak spin
Â