Bagaimana wang RM170 juta boleh terdedah, ini adalah antara spekulasinya
Pelbagai andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjejak simpanan wang tunai RM170 juta dan jongkong emas di sebuah kondo (safe house) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ke Sembilan itu.
Ada yang kata, ia berlaku kerana ada pegawai yang berpaling tadah, ada juga yang berkata kerana kecekapan intipan SPRM dan ada juga yang berkata ia adalah hasil dari kesilapan pasukan Datuk Seri Ismail Sabri sendiri.
Namun yang paling menarik adalah dakwaan ia berlaku akibat dari kesilapan pasukan Ismail Sabri yang tidak sabar mahu menukar wang tunai itu ke dalam bentuk aset.
“Kes Ismail Sabri terdedah kerana pegawai beliau sudah tidak sabar nak jadikan cash RM170 juta sebagai asset dengan membeli rumah banglo RM20 juta cash,” dakwa seorang aktivis media social di TikTok.
Khabar angin tersebar kononnya seorang bekas pegawai kanan Ismail Sabri telah membeli sebuah banglo dengan harga RM20 juta secara tunai.
Apabila pembelian secara tunai dengan jumlah yang besar berlaku, ia akan menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tersedar mengenainya dan siasatan akan dibuat.
“Malangnya setiap pindah milik harta harus melalui LHDN untuk disemak cukai yang dikenakan bagi pemerolehan harta.
“LHDN semak dan perkara ini amat tak lojik untuk seorang pegawai yang berkhidmat 16 bulan mempunyai duit sebanyak itu,” kata beliau lagi.
Selain dari itu, menurut sumber, wang ini dikumpulkan untuk projek Tebuk Atap 2.
Tebuk Atap adalah istilah yang digunakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menolak dakwaan kerajaan PN sebelum ini dibentuk melalui pintu belakang.
Tebuk Atap 2 adalah projek untuk membolehkan Kerajaan Madani dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.
“Mereka mensasarkan sekurang-kurangnya 10 MP Umno lagi untuk dibeli untuk membolehkan mereka ada cukup jumlah untuk membuat undi tidak percaya di Parlimen.
“Untuk menggunakan pendekatan Tebuk Atap versi 1 ia sudah tidak boleh kerana pintu istana tidak akan dibuka untuk mereka lagi,” kata sumber Umno berkenaan.
BACA JUGA Ini dia gambaran bilik dengan wang RM170 juta dan jongkong emas