Caruman 2 peratus KWSP untuk pekerja warga asing – Ini penjelasan PMX

Pengenalan caruman KWSP 2 peratus kepada pekerja warga asing tidak menidakkan rakyat sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Strategi caruman ini sebenarnya membolehkan beberapa matlamat dicapai, kata Anwar dalam sesi PMQT pagi ini.

“Jadi bila dikenakan dividen yang minima ini, ini adalah maksudnya dengan 2% itu adalah untuk mengenakan satu caruman yang dengan sendirinya memberi peluang kepada kerajaan keseluruhannya mendaftar jumlah pekerja asing.

“Kedua, menggunakan sistem institusi kewangan, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sistem perbankan.

“Ketiga, supaya mereka tahu, simpanan itu tetap dan mereka akan didorong untuk mengeluarkan apabila tamat tempoh khidmat mereka dan permit untuk mereka bekerja di sini.

Anwar menjelaskan pengenalan caruman untuk pekerja warga asing juga selaras dengan piawaian antarabangsa – Artikel 68, Konvensyen 102 International Labour Organisation (ILO).

Anwar turut mengingatkan usaha kerajaan menerusi KWSP untuk rakyat Malaysia.

“Umpamanya, kita perkenalkan apa yang disebut caruman sukarela pada tahun 2024, yang bekerja sendiri (self-employed), sebanyak 1.2 juta ahli telah membuat caruman sukarela yang akan memberi manfaat.

“Kita ada i-Saraan dan i-Suri yang untuk menjaga sektor informal, terutamanya isteri-isteri yang menjadi suri rumah tangga.

“Jadi insentif Kerajaan itu sudah mencecah RM4.16 juta.”

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) dalam sesi waktu soal Perdana Menteri (PMQT) pagi ini di Dewan Rakyat.

BACA JUGA: PM jawab isu KWSP dan KDNK dalam Waktu Pertanyaan Menteri

Â