Dividen KWSP: ‘Apa kata sebelum YB Machang komen, buat kajian dulu’
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal dinasihatkan untuk membuat kajian sebelum mengkritik tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memberi dividen tinggi kepada pencarum.
Liyana Marzuki yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata, dalam seksyen 27 Akta KWSP 1991, sudah disyaratkan bahawa KWSP perlu mengagihkan kadar dividen kepada pencarum menerusi nilai prestasi sebenar pelaburan.
Ini bermakna katanya, jumlah pelaburan selepas tolak kos yang ada, semua amaun itu perlu dijadikan dividen untuk rakyat.
“Salam YB Wan Ahmad Fayhsal. YB buat bising semalam mengenai dividen tinggi KWSP menggunakan hampir semua pendapatan pelaburan. YB naik hairan? Ni meh kami nak bagi tuition law sikit.
“KWSP ini badan berkanun. Bukan syarikat persendirian. Yang boleh suka suki simpan keuntungan. Maka betul lah tindakan KWSP tahun ini.
“Isytihar dividen tinggi guna hampir kesemua pulangan pelaburan. Apa kata sebelum YB komen dan buat PC tu cubalah kaji sikit?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sambil menegur peranan Wan Fayhsal sebagai legislatur yang perlu lebih memahami undang-undang.
Semalam, Wan Fayhsal mempersoalkan penggunaan hampir keseluruhan pendapatan KWSP pada tahun lalu untuk pembayaran dividen.
Beliau mendakwaa tindakan itu hanya untuk menenangkan pencarum.
“Saya nak tanya juga, apakah mungkin kerana kritikan pembangkang yang semakin kuat ke atas pengurusan KWSP menyebabkan mereka cuba menenangkan para pencarum? Itu soalan kami kepada KWSP,” katanya.
KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion pada 2024.
Jumlah agihan dividen pula membabitkan nilai sebanyak RM73.24 bilion.
BACA JUGA Penyampai radio persenda Thaipusam: Ini penegasan Menteri Perpaduan Negara
Â