Empat pendekatan tangani inflasi kos perubatan
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan empat pendekatan untuk menangani inflasi kos perubatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berikut adalah empat pendekatan tersebut:
a. Memperluaskan mekanisme pembelian strategik perkhidmatan kesihatan swasta yang berkualiti secara bundled, dengan izin, bagi mendapat harga yang berpatutan dengan penawaran jumlah pesakit yang lebih untuk membolehkan penurunan harga.
b. Menggalakkan ketelusan harga (dengan izin, price transparency) dalam sektor penjagaan kesihatan swasta. Ini akan membolehkan rakyat membuat perbandingan dan membuat keputusan yang lebih tepat mengenai perkhidmatan kesihatan yang mereka perlukan.
c. Memperkenalkan pilihan penjagaan kesihatan premium melalui Rakan KKM yang juga akan berperanan sebagai satu penanda aras kompetitif (dengan izin, competitive benchmarking) kepada perkhidmatan kesihatan swasta.
d. Memperkenalkan kaedah pembayaran berasaskan kumpulan diagnosis (dengan izin, diagnosis related group) atau DRG untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berasaskan nilai (dengan izin, value-based healthcare). Kementerian pada masa ini sedang membangunkan kerangka dan mekanisme untuk pelaksanaan pembayaran melalui kaedah DRG ini.”
Beliau menjelaskan demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bertanya berkenaan langkah membendung inflasi perubatan, khususnya kenaikan premium insurans dan caj perubatan.
Isu ini turut dibangkitkan oleh Yeo Bee Yin (PH-Puchong).
BACA JUGA: Apakah anda fikir ini siasatan terpilih, tanya SPRM kepada wartawan di depan longgokan wang, emas
Â