Fi perundingan pengamal perubatan am sedang disemak semula

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa kementeriannya sedang menyemak semula fi perundingan pengamal perubatan am yang tidak dipinda sejak tahun 2006.

“Jadual Ketujuh Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 di bawah Akta 586 mengawal selia fi perundingan dan fi tatacara bagi pengamal perubatan perubatan am yang memberikan perkhidmatan di klinik perubatan am swasta (GP).

“Kementerian Kesihatan kini sedang dalam usaha untuk menyemak semula fi perundingan bagi pengamal perubatan perubatan am yang memberikan perkhidmatan di klinik perubatan am swasta yang tidak dipinda sejak 2006.

“Untuk makluman, KKM sedang bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi menjalankan simulasi dan mendapatkan julat harga yang sesuai dengan mengambil kira kesan kenaikan fi konsultasi ini kepada Indeks Harga Pengguna (CPI).

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

Wee bertanya mengenai kadar fi yang tidak berubah selama 32 tahun dan kesan terhadap inflasi kos rawatan melibatkan klinik swasta.

BACA JUGA: Terlepas tiket ETS? Rebut lebih 12,000 tiket tambahan mulai 10 pagi esok

Â