Ismail Sabri tak sihat, proses rekod keterangan esok ditangguh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan sesi merekod keterangan kali kedua membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan media ia disebabkan bekas Perdana Menteri ke-9 itu tidak sihat.

Beliau juga mempunyai sijil cuti sakit (MC) kerana tahap kesihatan yang rendah.

Proses merekod keterangan akan diteruskan pada Jumaat ini, menurut Sinar Harian.

SPRM sebelum ini mengesahkan Ismail Sabri kini adalah suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram, dan bukan lagi disiasat sebagai saksi.

Penemuan wang tunai RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ mengesahkan pembabitan Ahli Parlimen Bera itu.

BACA JUGA Rehatkan Razman petanda Pas, PN sedang bergolak, kata AMK Perak

Â