Pas pula kalut selepas PM9 jadi suspek kes pengubahan wang haram
Reaksi Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berhubung ketegasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri mengundang kecaman orang ramai.
Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok menerusi ciapan di platform X tergamak mengaitkan SPRM dengan ‘perkakas’ melawan musuh politik.
“Setuju, ketegasan SPRM siasat kes profil tinggi (PM6, PM4/PM7, PM8, PM9) mengundang dua tafsiran – SPRM tegas lawan rasuah atau jadi ‘perkakas’ lawan musuh politik.
“Dalam kes PM9 (DSIS), wujud lebih dua tafsiran. Moga SPRM teguh berani,” kata wakil rakyat Pas itu yang bersetuju dengan naratif dalam laporan Sinar Harian.
Rata-rata mengecam sikap pemimpin blok Perikatan Nasional (PN) itu termasuk mempersoal sama ada biarkan saja jutaan wang disakau selain tidak perlu takut jika berada di pihak yang benar.
“Apa sebenar prinsip hidup kamu Syahir? Ada hak rakyat miskin dan susah dari duit berjuta tu. Ingat, di akhirat tidak dilepaskan walau 1 sen pun. Kamu dipertanggungjawabkan kepada Allah…,” kata @hasniabrahim1.
Dalam masa sama, reaksi Syahir turut mengundang persoalan memandangkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera bukannya pemimpin daripada PN.
“Apa kejadahnya, Ismail ni orang BN, bukan orang PN pun… Sama saja, kalau salah bicara sajalah. Apa masalahnya? Ini SPRM buat kerja pun kau nak tunggang ke?
“Kalau ada bukti geng bangnon sakau, report dekat SPRM. Jangan melalak, memfitnah saja,” kecam @shahrel_samat.
Lebih ‘pedas’ apabila ada berpendapat reaksi Syahir selepas SPRM merampas wang tunai kira-kira RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan mencecah hampir RM7 juta itu sekaligus mendedahkan sikap talam dua muka Pas.
“Sekaligus mendedahkan betapa hipokratnya manusia macam anda yang diberi mata, gagal melihat dan diberi hati, gagal merasa.
“Mentafsir ikut selera parti dan kehendak berhala politik yang disembah sehinggakan salahlaku yang jelas dan nyata perlu ditafsir semula ikut citarasa,” tempelak Abdul Aziz Abdullah pula.
BACA JUGA Mengejutkan masih ada lagi hantaran Harith isu ‘ham’, apa kata MCMC?