Undang-undang cegah penguasaan warga asing Ali Baba dalam IKS?
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan bahawa kerajaan dalam proses menjalankan kajian untuk merangka Akta Anti Rent Seeking.
“Kerajaan kini sedang dalam proses menjalankan kajian untuk merangka Akta Anti Rent-Seeking.
“Proses penyediaan draf akta ini akan dilaksana melibatkan pengumpulan input menerusi sesi libat urus dengan pemain industri, agensi penguatkuasaan serta pelbagai pihak berkepentingan yang lain.
“Tujuan utama kajian dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti masalah, cabaran, dan halangan yang berkaitan dengan rent-seeking, termasuk aspek undang-undang, penguatkuasaan, serta kesannya terhadap ekonomi dan masyarakat.
“Kajian ini juga bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas isu Ali Baba dalam pelbagai sektor, supaya tindakan undang- undang yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.
“Antara cadangan pelaksanaan adalah melibatkan penggubalan dasar, strategi, dan inisiatif baharu yang lebih menyeluruh untuk mengatasi amalan rent-seeking di negara ini. Ini termasuk mencadangkan penggubalan undang-undang baharu seperti Akta Anti Rent-Seeking atau melakukan pindaan terhadap akta sedia ada.
“Kerajaan menetapkan sasaran untuk membentangkan cadangan pindaan atau penggubalan akta baharu ini di Parlimen menjelang penghujung tahun 2025.”
Rafizi berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Alias Razak (PN-Kuala Nerus).
BACA JUGA: Memang ada saja tak kena di mata MP ini, perkara baik untuk rakyat pun nak spin
Â