Forum tertinggi yang tetapkan dasar, hala tuju pelaksanaan Malaysia Madani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani pertama tahun ini.

Ia merupakan forum tertinggi yang menetapkan dasar dan hala tuju pelaksanaan. Selain itu, ia turut mempertimbang dan memutuskan dasar berkenaan isu pelaksanaan agenda Malaysia Madani.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis berkenaan pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Usul dan keputusan yang dibuat di peringkat Majlis ini akan disusuli oleh gerak kerja di peringkat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

“Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi Kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien.”

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran Facebook.

BACA JUGA: Apa status ADUN Melalap ini selepas tempoh 14 hari? Ini penjelasan Speaker DUN Sabah

Â