Gelombang industri semikonduktor negara kedua bermula – PMX
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan syarikat pengeluar cip Britain ARM Berhad sebagai permulaan gelombang industri semikonduktor negara kedua.
“Kerjasama komprehensif Malaysia dengan ARM, kita telah memulakan rancangan teknologi untuk menjadi pengeluar perintis cip AI buatan Malaysia.
“Cip ini akan direka, dikeluarkan, diuji dan dipasang di sini dan dijual ke seluruh dunia.”
Beliau turut mendedahkan tiga ciri kerjasama dengan ARM.
“Pertama ia akan merangka program latihan komprehensif untuk 10,000 jurutera rekabentuk litar bersepadu untuk industri semikonduktor negara.
“Kedua ia akan menyediakan akses khas untuk syarikat Malaysia terpilih kepada teknologi terkini ARM dan portfolio protocol internet (IP).
“Ketiga, ia akan memudahcarakan perkembangan rekabentuk produk semikonduktor tempatan selaras dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan cip yang terkini di Malaysia.”
Permulaan kerjasama ARM dengan Malaysia dijangka akan membuka pasaran semikonduktor ASEAN Australia dan New Zealand.
BACA JUGA: Forum tertinggi yang tetapkan dasar, hala tuju pelaksanaan Malaysia Madani
Â