Ini sebabnya PM ke setiap negeri mulai minggu depan
Mulai minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat setiap negeri di seluruh negara, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
Lawatan Perdana Menteri itu bagi menghadiri majlis berbuka puasa MADANI dan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama kerajaan serta agensi.
Menurut Tunku Nashrul melalui taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), usaha tersebut antaranya adalah bagi memastikan lebih banyak negeri berupaya mencapai sifar miskin tegar selepas Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

Jelasnya melalui perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi, Perdana Menteri akan menekankan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertingginya.
Malah, kata beliau, Perdana Menteri menggerakkan semua setiausaha politik ke negeri sejak agenda tersebut diumum dalam Belanjawan 2023 bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar.
“Usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar, menyediakan peluang pekerjaan, akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan, dan perumahan, serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin,” katanya yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia.
BACA JUGA Ini sebabnya PM ke setiap negeri mulai minggu depan
Â